Carian
Grab Menguji Ciri Notifikasi “Live Activities” Pada iPhone
July 27, 2023 Fahim Zahar

Live Activities adalah ciri notifikasi yang diperkenalkan pada iOS 16. Ciri ini membolehkan notifikasi aplikasi disampaikan secara nyata pada skrin yang dikunci. Misalnya menjejak lokasi Uber yang diseru. Sehingga hari ini kebanyakan aplikasi masih tidak menyokongnya tetapi malam tadi saya menyedari aplikasi Grab telah mengaktifkan ciri ini di Malaysia.

Notifikasi Live Activities Grab ini memberikan anggaran masa pesanan akan tiba dengan grafik motor di tengah-tengah jalan dan kemudian memberitahu masa sebenar pesanan tiba apabila ia semakin hampir ke destinasi. Agak menarik melihat ciri ini diaktifkan kerana dapat mengelakkan isu tidak secara makanan sudah tiba kerana aplikasi Grab tidak terbuka pada iPhone.

Ciri ini hanya dipaparkan pada pengguna iOS 17 Beta. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diedarkan kepada semua. Besar kemungkinan sekitar September nanti apabila iOS 17 tersedia untuk semua.

Komen