Kerajaan hari ini mengumumkan kelak akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Buat masa ini, medium pemberian kredit ini masih tidak dimaklumkan lagi.
Melalui penawaran ini, seramai 10 juta rakyat dijangka menerima kredit e-tunai ini. Pemberian e-tunai ini akan diberikan kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas.
Perkongsian baharu ini hadir meliputi golongan B40 dan M40, selepas pemberian kredit e-tunai baru-baru ini meliputi golongan para pelajar seluruh negara. Sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut berkenaan pemberian e-tunai baharu ini dalam masa terdekat.