Imbas kembali Oppo A58 5G telah dilancarkan tahun lalu dengan cip MediaTek Dimensity 700. Tahun ini nampaknya Oppo hadir dengan variasi 4G pula yang sudah semestinya menggunakan cip pemprosesan yang berbeza. Namun penambahbaikan turut dibuat pada skrin dan bateri yang kini saiznya lebih besar.
Berkongsi lebih lanjut, peranti ini menggunakan skrin LCD sebesar 6.72″ FHD+ lebih besar berbanding 6.56″ HD+ pada variasi 5G. Ini digabungkan lagi dengan cip MediaTek Helio G85, memori 6GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB eMMC 5.1.
Turut disertakan adalah sistem dwi-kamera 50MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP. Kedua-dua belah kamera juga boleh merakam video dengan resolusi maksiumum 1080P/30fps. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang juga menyokong pengecasan berwayar 33W.
Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.3, port USB-C, penarafan IPX4, dan menjalankan ColorOS 13.1. Peranti ini dijual di Indonesia pada harga Rp2,499,000 (~RM754) dengan pilihan warna Dazzling Green dan Glowing Black.
Tiada maklumat mengenai penawarannya di Malaysia buat masa ini.