Cari @ Amanz

MacBook Air 15-inci adalah MacBook Air 13-inci yang semua kenal. Ia nipis, ringan, berkuasa dengan cip Apple M2 dan menawarkan harga laptop baharu Apple yang agak murah untuk saiz besar tanpa perlu berbelanja lebih untuk MacBook Pro. DigiTimes walau bagaimanapun melaporkan permintaan untuk komputer riba ini adalah rendah.

Sumber turut menyatakan yang permintaan rendah ini adalah di luar jangkaan Apple. Pengeluaran MacBook Air 15-inci dikatakan kurang 50% berbanding tempahan awal dan Apple mula memberi arahan untuk mengurangkan pengeluarannya. Adakah nasib MacBook Air 15″ akan menjadi sama dengan iPhone Mini? Apa kata anda?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd