Allo City Broadband ialah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad yang dilihat membekalkan sambungan internet gentian optik pantas kepada sejumlah kawasan-kawasan perumahan di sekitar Malaysia.
Terkini, melalui laman Facebook mereka, syarikat tersebut dilihat akan memperkenalkan harga baru untuk pelan 100Mbps mereka, yang mana secara sedia ada, ditawarkan pada harga RM89, kurang RM10 kerana promosi Hari Raya yang masih lagi boleh dimanfaatkan oleh pelanggan baru Allo City.

Malah, sekarang ini, promosi pakej kelajuan 300Mbps untuk harga RM99 juga masih lagi boleh dimanfaatkan, yang mengurangkan harga pelan ini sebanyak RM30 dari harga asal RM129 sebelum ini.
Tanda harga baru untuk pelan 100Mbps ini akan didedahkan pada hari esok, dan dijangka akan ditawarkan pada harga yang lebih murah daripada apa yang sedang ditawarkan.
- Sumber
- Allo City Broadband, Facebook