Carian
WhatsApp Memperkenalkan Ciri Permesejan Video
July 28, 2023 Aman

WhatsApp sedia menawarkan sokongan permesejan audio pada aplikasi mereka sejak sekian lama. Kini, memberikan variasi padanya, WhatsApp hari ini mengumumkan penawaran permesejan video melalui aplikasi tersebut.

Melalui ciri permesejan video, pengguna boleh merakamkan mesej video berdurasi sehingga 60 saat, dan menghantar ia kepada penerima. Mesej tersebut dipaparkan dalam bentuk bulatan pada tetingkap perbualan anda bersama rakan lain.

WhatsApp menyatakan langkah ini akan membolehkan penghantaran mesej yang lebih baik dan dekat kepada pengguna, termasuk menyertakan emosi melaluinya.

Untuk menghantar mesej video, ia adalah sama seperti menghantar mesej audio. Pengguna hanya perlu tap sekali untuk mengubah ia dari mikrofon ke ikon kamera, dan seterusnya merakamkan mesej video sebelum menghantarkan ia kepada rakan-rakan.

Komen