Carian
Akhirnya, TonTon Kini Menawarkan Aplikasi Untuk Android TV
July 28, 2023 Aman

TonTon merupakan perkhidmatan penstriman video dibawah Media Prima, meliputi kandungan dari saluran seperti TV3. Setelah sekian lama menawarkan aplikasi mudah-alih, kini pihak TonTon juga dilihat telah menambah sokongan untuk aplikasi Android TV.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh menikmati antaramuka dan penawaran yang lebih dioptimasikan untuk skrin televisyen.

Bagi anda yang mempunyai peranti berasaskan Android TV, boleh memuat-turun aplikasi TonTon hari ini, dan menikmati kandungan pada skrin besar dengan lebih baik lagi.

  • Tips awal dan gambar oleh Abu Kassim
Komen