Twitter minggu ini telah dijenamakan semula kepada X. Akaun rasmi mereka kini adalah @X, Twitter Blue berubah menjadi X Blue, laman web semua mula menggunakan logo X dan aplikasi di Android serta iOS juga kini diberi nama sebagai X.

Perubahan lain pada Twitter atau X ini adalah Elon Musk akan membuang tema malap pada aplikasi ini. X akan menjadikan tema gelap sebagai lalai dan memberi pilihan kepada pengguna untuk tukar ke mod terang.
Bukan itu sahaja X turut telah mengubah terma “Tweet”, “Retweet” dan “Quote Tweet” kepada “Post”, “Repost” dan “Quote”. X secara perlahan hari demi hari membuang segala terma berkaitan dengan Tweet dan Twitter pada aplikasi mereka.

Jadi selepas ini kita tidak lagi boleh memanggil perkongsian di X sebagai Tweet atau ciapan. Apa pendapat anda mengenai perkara ini?
- Sumber
- X – Elon Musk