Tidak dinafikan AI generatif telah menjadi trend utama dalam dunia AI, lalu dilihat telah mengubah banyak industri termasuklah ekonomi. Kesannnya, beberapa organisasi telah mula mengaplikasikan AI generatif ke dalam operasi pernigaan mereka. Sekaligus menunjukkan AI kini sedia menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia pada masa akan datang.

Bagi memastikan ia terus menjadi lebih mudah diakses khususnya dalam kalangan startup di Malaysia, program Google for AI Startup Cloud telah sedia diumumkan. Pengenalannya merupakan sebahagian usaha dalam membantu mereka meningkatkan kemahiran teknologi AI dengan cepat sambil membantu pertumbuhan ekosistem startup di negara ini.
Peruntukan dalam bentuk kredit awan sehingga $350,000 USD (sah untuk dua tahun) disediakan menerusi program berbentuk latihan tekninal dan amali yang dianjurkan oleh Google Cloud ini. Pendaftaran juga telah sedia dibuka dengan syarat kelayakan tertentu yang perlu dipatuhi.

Ianya terdiri dengan program peringkat permulaan tanpa pembiayaan. Di mana para peserta hendaklah menggunakan teknologi AI sebagai teras utama dalam membangunkan produk. Kemudian mereka juga belum dibiayai oleh mana-mana pelabur atau yayasan, selain turut tidak menerima mana-mana sokongan kredit Google Cloud. Namun kelayakan penuh masih mengikut budi bicara pihak Google Cloud.
Seterusnya program peringkat skala dengan pembiayaan ekuiti. Di mana syarikat hendaklah dengan ditubuhkan dalam tempoh 10 tahun, dalam masa sama turut menggunakan AI sebagai teras utama dalam pernigaan. Selain itu ia juga terbuka kepada syarikat yang telah menerima pembiayaan ekuiti dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan sokongan kredit Google Cloud lebih daripada $4,000.

Pada dasarnya kedua-dua peringkat program masih menggunakan akses pakar AI yang sama menerusi sesi webinar dan soal jawab langsung bersama pihak Google Cloud. Namun kelebihan untuk program peringkat skala dengan pembiayaan menerima banyak akses percuma lebih menarik.
Antaranya seperti pembelajaran lanjutan teknologi Google Cloud terkini, akses eksklusif untuk startup ISV/SaaS ke AI yang dibangun dengan Google Cloud dan bengkel lebih mendalam bagi meningkatkan penyelesaian AI.
Selain daripada program ini, Google Cloud turut menyediakan tujuh kursus pembangunan kemahiran AI generatif yang tersedia tanpa sebarang kos di bawah Program Cloud Skills Boost. Di samping ketersediaan umum sokongan AI generatif pada Vertex AI bagi tujuan membantu mempercepatkan pertumbuhan pembentukan perniagaan baharu di Malaysia.

Melihat secara langsung inisiatif ini boleh dianggap menarik, dalam masa sama boleh dikatakan teknologi AI mempunyai banyak potensi. Justeru ia perlu diteroka sebaiknya bagi terus memberi manfaat kepada ramai pihak. Maklumat lanjut mengenai program, sila layari dan mendaftar di pautan ini.