Tecno Spark Go 2023 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM299
Amy Maizuraa
Tecno, sungguhpun bukanlah di kalangan pengeluar yang mendapat perhatian meluas dari banyak pihak. Namun ia berpotensi menjadi jenama yang sering menyediakan peranti dengan harga mampu milik.
Terbaharu Tecno Spark Go 2023 telah ditawarkan di Malaysia. Dijual dengan harga RM299, anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Tecno di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Ia merupakan peranti kelas asas yang dijana dengan cip MediaTek Helio A22. Ini digabungkan lagi dengan skrin LCD sebesar 6.6-inci HD+ tanpa kadar segar semula tinggi. Ia juga mempunyai kamera utama 13MP dan kamera swafoto pula sebesar 5MP. Bateri disertakan pula sebesar 5000mAh yang hanya menyokong pengecasan 10W.
[info] Sumber – Tecno Malaysia [/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.