NASA, agensi angkasa di Amerika Syarikat kini mengumumkan mereka akan memperkenalkan sebuah platform penstriman tersendiri, dinamakan NASA+ pada tahun ini.
Perkhidmatan penstriman NASA+ ini akan menawarkan sejumlah kandungan eksklusif melaluinya, termasuk sejumlah siri dokumentari, dan kandungan asli untuk platform tersebut. Ini sekaligus dijangka akan meningkatkan lagi minat orang ramai terhadap arena sains, terutamanya aeroangkasa.
NASA menyatakan NASA+ akan ditawarkan untuk platform iOS, Android, Apple TV, Fire TV, dan juga melalui web. Selari dengan pengumuman ini, NASA turut mengatakan mereka kini menguji rekaan baharu web dibawah NASA Beta.