Cari @ Amanz

Twitter telah memulakan penjenamaan kepada X, termasuk pada web dan juga aplikasi. Untuk pengguna Android, Twitter telah pun disenaraikan sebagai X pada Google Play Store, namun di Apple App Store, ia masih disenaraikan sebagai  Twitter.

Hal ini adalah kerana polisi Apple App Store yang memerlukan penyenaraian aplikasi dengan sekurang-kurangnya dua abjad pada namanya. Ia tidak diketahui lagi bagaimana Twitter atau X akan mengatasi langkah ini.

Mungkinkah kita akan melihat nama seperti “X – (Dahulunya Twitter)”; atau “X – Aplikasi Semua Dalam Satu” pada penamaan aplikasi dalam usaha untuk penyenaraian di Apple App Store turut menggunakan nama X? Atau adakah kita akan melihat pihak Apple memberikan pengecualian kepada pihak X?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd