Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Cincin Pintar Seawal 2024
Aman
Samsung sedia mempunyai sejumlah penawaran produk, dan kini dikatakan akan memulakan pengeluaran rintis cincin pintar mereka seawal bulan hadapan, dan dipasarkan seawal 2024 kelak.
Produk yang mungkin dinamakan sebagai Galaxy Ring tersebut dijangka akan mengintegrasikan beberapa komponen pemantauan kesihatan, sekaligus melengkapkan penawaran peranti boleh-pakai dibawah Samsung.

Disamping cabaran pada pengeluaran, Samsung juga dijangka perlu mendapatkan pelbagai pengesahan sebelum dapat dipasarkan sebagai peranti kesihatan. Sebelum ini sendiri, Galaxy Watch mengambil sedikit masa sebelum ciri ECG diaktifkan kepada pengguna tempatan. Galaxy Ring dijangka akan turut mengalami peringkat dan proses lebih kurang sama.
Apa pun, sama-sama kita nantikan cincin pintar Samsung ini, dan apakah yang bakal disertakan bersama dengannya.
[sumber]TheElec[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.