Carian
Jepun Ingin Cuba Pancar Tenaga Solar Dari Angkasa Ke Bumi Menjelang 2025
July 30, 2023 Aman

Jepun kini menyasarkan untuk memancarkan tenaga solar dari angkasa ke Bumi seawal 2025, sebagai sebuah usaha perluaskan penggunaan tenaga lestari. Jepun dijangka menjayakan perkara ini melalui kerjasama syarikat swasta dan awam.

Untuk menjayakan perkara ini, beberapa satelit kecil akan dilancarkan ke orbit, dimana ia seterusnya akan mengumpulkan tenaga solar, dan seterusnya memancarkan tenaga berkenaan ke stesen yang terletak di Bumi. Teknologi gelombang mikro dan panel solar akan digunakan untuk tujuan ini.

Berbeza dengan penggunaan panel solar di Bumi, apabila ia diletakkan di angkasa, maka tenaga dapat dikumpulkan sepanjang masa, termasuk tidak perlu peduli berkenaan gangguan awan, putaran bumi dan sebagainya. Untuk makluman, melalui perkongsian pihak berkuasa di Malaysia, ia dianggarkan secara purata pengumpulan tenaga solar hanya berlaku selama empat jam sahaja sehari di Malaysia.

Apabila panel solar diletakkan di angkasa, maka tenaga akan dapat dikumpulkan sepanjang masa, dan tenaga boleh diperbaharui berkenaan boleh dipancarkan untuk digunakan di Bumi.

Selain Jepun, beberapa negara turut sedang melihat ke arena sama, termasuk China, Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Komen