Cari @ Amanz
  • Info
  • Teks Asal – Noor Fatihah Az-Zuannie

Dalam era digital yang semakin maju hari ini, teknologi sedikit sebanyak memberi manfaat dan kemudahan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, disebalik setiap manfaat yang kita rasai melalui perkembangan teknologi, terdapat juga ancaman serius dari jenayah siber yang perlu diambil berat. Salah satu ancaman tersebut adalah penipuan atas talian yang membabitkan penggunaan pautan palsu, yang mana ia memancing mangsa untuk menekan dan memasuki halaman yang tidak sah, seterusnya menyebabkan mangsa kehilangan wang atau data penting.

Oleh itu, adalah penting untuk anda mengambil langkah berwaspada dari menjadi mangsa penipuan dalam talian, bermula sekarang. Cara mudah adalah melalui penggunaan aplikasi Whoscall, yang bakal memberikan anda satu lapisan keselamatan serta mengurangkan kemungkinan untuk terjerat dalam perangkap scammer.

Whoscall Tangani Pautan Palsu Dengan Fungsi Baharu – URL Scanner

Buat pengetahuan anda, modus operandi pautan palsu ini adalah cukup licik, memandangkan penjenayah hanya perlu meniru alamat laman web yang sebenar dan seterusnya mengirimkan pautan melalui pesanan teks, emel mahupun kandungan di media sosial. Ini sekaligus bakal mewujudkan kerisauan, dilema dan juga keraguan untuk anda menekan sebarang pautan, memandangkan pautan palsu ini kelihatan cukup mirip dengan pautan yang sah. Justeru, aplikasi Whoscall yang selama ini cukup dikenali dalam membanteras penipuan atas talian khususnya panggilan palsu, kini hadir dengan penambahan fungsi terbaharu iaitu URL Scanner.

Fungsi terbaharu yang bakal dilancarkan secara percuma pada 1 Ogos 2023 ini akan membenarkan pengguna menyemak kesahihan pautan secara pantas dan mudah, sekaligus melindungi pengguna daripada menjadi mangsa jenayah pancingan data. Lebih menarik lagi, fungsi ini boleh digunakan untuk semua jenis pautan seperti pautan di emel, tidak terhad pada pautan yang anda terima menerusi SMS mahupun platform permesejan sahaja. Berikut merupakan langkah-langkah untuk anda mencuba sendiri fungsi URL Scanner.

  1. Pergi ke halaman URL Scanner.
  2. Masukkan pautan URL yang ingin diperiksa > Tekan “Scan URL”
  3. Kesahihan pautan akan dipaparkan.

Sejurus pautan diperiksa, Whoscall akan memberikan anda gambaran mengenai keselamatan dan kesahihan pautan, sama ada ia selamat atau tidak untuk dilayari.

Kredibiliti Whoscall Sebagai Aplikasi Pencegah Penipuan Atas Talian

Buat pengetahuan anda juga, aplikasi Whoscall ini mempunyai pangkalan data terbesar di Asia Tenggara dengan  2.6 billion entri nombor telefon, termasuk nombor yang digunakan oleh penjenayah atas talian. Selain itu juga, Whoscall telah menjadi aplikasi pilihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memerangi jenayah penipuan atas talian di Malaysia. Kerjasama ini melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan atas talian dari pihak PDRM, yang telah diintegrasikan ke dalam sistem data Whoscall. Ini seterusnya menjadikan aplikasi ini lebih dipercayai untuk kegunaan rakyat Malaysia. 

Whoscall turut komited dalam mengemaskini pangkalan data mereka dari semasa ke semasa, untuk memberikan pengalaman penggunaan aplikasi yang baik buat pengguna. Oleh yang demikian, dengan segala kredibiliti yang ditunjukkan Whoscall, anda tidak lagi perlu berasa ragu atau mencari seribu satu sebab dalam menggunakan aplikasi ini sebagai satu lapisan keselamatan untuk mengelak daripada  dijerat penjenayah atas talian. 

Kesimpulan

Secara kesimpulan, boleh dilihat secara jelas bahawa Whoscall komited dalam memberikan perlindungan kepada rakyat Malaysia, khususnya untuk membanteras kegiatan penipuan dalam talian. Melalui perkembangan teknologi hari ini juga, tidak mustahil penjenayah atas talian turut giat memikirkan seribu satu cara untuk memperdayakan anda. Oleh itu, bertindak cepat dan muat turun aplikasi Whoscall sekarang secara percuma menerusi Apple App Store atau Google Play, sebagai langkah pertama anda mencegah penipuan dalam talian. Kunjungi laman Facebook rasmi Whoscall, untuk maklumat dan kemas kini Whoscall.

Penafian : Advertorial Daripada Whoscall

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd