Dilancarkan pada tahun 2021 yang lalu, Fujifilm INSTAX Mini Evo merupakan sebuah kamera digital yang juga mempunyai mesin pencetak terbina. Terbaharu, ia telah ditawarkan dalam pilihan warna coklat yang turut didatangkan dengan port USB-C. Anda yang berminat boleh mendapatkannya sekarang menerusi pengedar sah Fujifilm Malaysia dengan harga jualan RM928 sebuah.


Tiada perubahan spesifikasi dilakukan, yang mana ia masih didatangkan dengan 10 penuras dan mod lensa berbeza untuk penghasilan gambar dengan kesan khas tersendiri, termasuklah monokrom dan retro. Ia juga memuatkan sensor kamera sebesar 5MP yang juga dipadankan dengan lensa 28mm f/2.0.

Kamera ini diiklankan boleh mengambil sehingga 100 gambar berterusan, selain turut boleh dihubungkan dengan mudah telefon pintar menggunakan aplikasi khusus. Dalam masa sama, gambar daripada telefon pintar turut boleh dihantar ke kamera ini bagi tujuan mencetak memandangkan ia mempunyai pencetak terbina.