Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini sekali lagi menekankan yang mana harga internet dijangka akan lebih murah menjelang bulan September 2023 ini.
Hal ini adalah disebabkan oleh kemaskini harga jualan pukal pada bulan Mac 2023 lepas, dan kini dalam proses memeterai perjanjian akses bersama pelbagai syarikat dan penyedia telekomunikasi tempatan. Proses ini dijangka selesai pada September 2023, sekaligus membawa kesan kepada penurunan harga internet untuk pengguna awam.

Pengurangan harga ini dijangka akan mengurangkan lagi beban orang ramai dalam melanggan pelan internet untuk kegunaan harian – apatah lagi dengan fokus kerajaan terhadap arena ekonomi digital.
Selain penurunan harga internet, kerajaan juga sebelum ini telah memperkenalkan pelan internet Rahmah, dan paling terbaru syarikat telekomunikasi Allo yang menawarkan pakej 100Mbps pada harga langganan RM69 sebulan, khusus untuk golongan B40.