Cari @ Amanz

Telekom Malaysia kini mengingatkan para pengguna untuk mengemaskini sistem operasi untuk Unifi Plus Box, sekaligus akan membolehkan para pengguna untuk menikmati akses ke aplikasi Netflix melaluinya.

Sokongan ini hadir selepas pengumuman penawaran langganan Netflix melalui Unifi TV sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan Unifi Plus Box, boleh ke Settings > Device Preference > About > System Update, sekaligus memulakan proses kemaskini sistem operasi Unifi Plus Box.

Untuk tawaran masa terhad, Unifi TV Pek Ultimate Plus dan Pek Ultimate Max menyertakan akses ke Netflix, selain aplikasi penstriman lain, termasuk Disney+ Hotstar. Langganan secara berasingan belum diumumkan lagi, dan dijangka menyusul tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd