Cari @ Amanz

Redmi 12 telah dilancarkan sebelum ini dengan cip MediaTek Helio G88 dan dijual bermula RM599 di Malaysia. Terbaharu peranti ini nampaknya bakal ditawarkan dalam variasi 5G pula yang sudah semestinya menggunakan cip pemprosesan berbeza. Bukan itu sahaja peranti juga hanya mempunyai dwi-kamera utama berbanding tri-kamera yang digunakan pada variasi 4G sebelum ini.

Seterusnya cip Snapdragon turut akan digunakan sebagai tunjang utama peranti, namun persoalan mula timbul apabila Redmi tidak pula berkongsi lanjut mengenanya secara khusus. Namun ada yang berpendapat, peranti mungkin hanyalah Redmi 12R yang dijenamakan semula, justeru ada kebarangkalian cip Snapdragon 4 Gen 2 digunakan kelak.

Beberapa elemen yang sama seperti variasi 4G juga masih dikekalkan pada peranti baharu ini. Antaranya seperti kamera 50MP, bateri 5000mAh, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Namun seperti biasa, bagi melihat penawaran penuh sama-sama nantikan pelancaran rasminya pada 1 Ogos ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd