Kemampuan Google Assistant akan meningkat dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI). Menurut laporan Axios pagi ini, Google telah mula membangunkan Assistant baharu yang mengintegrasikan AI generatif yang berasaskan model bahasa raya (LLM) bagi memberikan kemampuan setanding Bard serta ChatGPT.

Populariti ChatGPT sejak penghujung tahun lalu memaksa syarikat teknologi utama turut melancarkan AI terkini mereka kepada umum. Sebelum ini Google telah menstruktur semula pasukan Assistant dengan diberikan sepenuhnya kepada Bard bagi memastikan ia lebih berdaya saing. Masih tidak diketahui bilakan Assistant dengan AI ini akan dilancarkan. Yang diketemui setakat ini tumpuan diberikan untuk memberikannya pada peranti mudah alih terlebih dahulu.
Naib presiden bahagian kejuruteraan Assistant Jianchang Mao telah meninggalkan syarikat sementara Amar Subramanya yang juga merupakan naib presiden kejuruteraan Assistant kini mengetuai bahagian kejuruteraan Bard.
- Sumber
- Axios