Digi kini memperkenalkan pelan Digi Prepaid Next 5G 48, iaitu pelan prabayar baharu yang menawarkan pengalaman penggunaan 5G tanpa bayaran tambahan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelan kali ini sedia menawarkan sambungan rangkaian 5G tanpa memerlukan sebarang pas booster tambahan dengan harga yang ditawarkan pada RM48 sebulan.

Menerusi pelan baharu ini, pengguna boleh menikmati kuota internet sehingga 45GB (4GB/5G) yang termasuk 30GB untuk kuota asas dan promosi kuota tambahan 15GB dengan kelajuan internet sehingga 100Mbps. Promosi kuota tambahan ini bagaimanapun terhad sehingga 2 Oktober 2023, yang kemudiannya kuota akan kembali kepada 30GB sahaja selepas tamat promosi.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua panggilan, di samping turut bebas mengakses media sosial TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook yang juga tambahan. Lebih menarik apabila kuota tambahan 10GB hotspot ekstra turut diberikan apabila penggunamemilih untuk pembaharuan secara automatik.