Vivo Y78 5G Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1,399
August 1, 2023
Vivo
Amy Maizuraa
Acara pelancaran hari ini memperlihatkan pengenalan Vivo Y78 5G untuk pasaran Malaysia. Dijual pada RM1399, peranti sudah boleh dibeli menerusi pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia. Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM599.


Vivo Y78 5G dilengkapi dengan skrin 6.78-inci AMOLED FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 695 bersama gabungan memori 8GB RAM dan storan 256GB.


Selain itu, peranti juga mempunyai sistem tri-kamera 64MP OIS + 2MP +2MP, di samping kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri pula sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.