Cari @ Amanz

Pixar, Adobe, Apple, Autodesk, NVIDIA dan Joint Development Foundation (JDF) pagi ini mengumumkan penubuhan Alliance for OpenUSD (AOUSD) yang akan menyeragamkan piawaian untuk kandungan 3D. Ini dilakukan menerusi teknologi Universal Scene Description yang dibangunkan oleh Pixar.

AOUSD berusaha untuk menyeragamkan ekosistem 3D dengan memajukan keupayaan Open Universal Scene Description (OpenUSD). Dengan menggalakkan kesalingoperasian alatan dan data 3D yang lebih baik. Ia turut membolehkan pembangun dan pencipta kandungan untuk menerangkan, mengarang dan menyelaku projek 3D berskala besar

Dicipta oleh Pixar Animation Studios, OpenUSD ialah teknologi penerangan pemandangan 3D berprestasi tinggi yang menawarkan kesalingoperasian yang mantap merentas alatan, data dan aliran kerja. Dengan kata lain OpenUSD akan membolehkan kandungan 3D yang dibina di dalam perisian seperti Maya, Houdini, Autodesk 3ds Max, dan Adobe Substance 3D Designer digunakan secara rentas platform. Selain objek geometri, kamera, lampu dan bahan juga turut boleh akan menggunakan piawaian sumber terbuka ini.

JDF yang merupakan ahli Yayasan Linux telah dipilih untuk menempatkan projek itu, kerana ia akan membolehkan pembangunan spesifikasi OpenUSD yang terbuka, cekap dan berkesan, sambil menyediakan laluan kepada pengiktirafan melalui Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO).
AOUSD juga akan menyediakan forum utama untuk definisi kerjasama peningkatan teknologi oleh industri yang lebih besar.

Perikatan itu menjemput syarikat dan organisasi lain untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam membentuk masa depan OpenUSD.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd