Cari @ Amanz

Peranti Tecno Pova 5 telah dikemaskini dengan variasi pro yang bukan sahaja diberi pengubahsuaian pada reka bentuk yang kini dilengkapi sistem lampu RGB. Malah peranti juga kini menyokong rangkaian 5G terbina yang dijana oleh cip MediaTek Dimensity 6080. Bateri juga lebih rendah 5000mAh, namun pengecasan lebih baik dengan kuasa output 67W.

Lain-lain spesifikasi bagaimanapun masih sama seperti Pova 5 sebelum ini. Di mana, telefon ini menggunakan skrin LCD 6.78-inci FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan dengan gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB yang dilihat sesuai untuk kegunaan harian kebanyakan pengguna.

Sistem lampu RGB yang disertakan boleh menyalakan sehingga 9 pilihan warna untuk pelbagai kegunaan, seperti panggilan masuk, bateri rendah dan kegunaan permainan. Peranti juga mempunyai sistem kamera utama 50MP + 8MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP. Turut melengkapi peranti adalah pembesar suara stereo yang ditala sistem audio Hi-Res dan DTS.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd