Carian
Pelanggan XBlue Kini Boleh Menyorokkan Calit Biru
August 2, 2023 Fahim Zahar

X (dahulunya Twitter) baru-baru ini menguji ciri menyembunyikan tanda calit biru yang diberikan kepada pelanggan X Blue (dahulunya Twitter Blue). Ciri ini diberikan untuk mereka yang tidak ingin dikenalpasti sebagai pelanggan X Blue atas sebab-sebab tertentu. Ciri ini ditawarkan kepada pengguna X Blue terpilih sahaja pada waktu ini.

Untuk mengakses ciri ini pergi ke dalam tetapan aplikasi, pilih “Blue”, pilih “Keutamaan”, pilih “Pengesahan” dan pilih “Tanda semak berwarna biru”. Di dalam tetapan ini anda boleh menyembunyikan tanda calit biru.

Aneh sekali, menurut X apabila anda menyembunyikan tanda calit biru ini beberapa ciri mungkin akan dimatikan tetapi tidak didedahkan ciri yang mana. Dalam ujian yang saya lakukan ciri ini boleh digunakan pada Android, sementara beberapa pengguna dilihat boleh menggunakannya pada iOS.

Komen