Golongan OKU sering terpinggir kerana infrastruktur yang kerap terlupa akan kewujudan mereka. Isu yang sama turut wujud dalam dunia teknologi dengan pelbagai ciri menarik hanya boleh digunakan oleh mereka yang tidak tergolong dalam golongan OKU. Disebabkan itu peranti seperti SmartVision 3 dilancarkan. Ia adalah sebuah telefon Android yang dibangunkan khusus untuk golongan OKU penglihatan dan warga emas. Walaupun ada skrin sesentuh, SmartVision 3 hadir dengan papan kekunci fizikal T-9 dengan tindak balas haptik.

Bukan itu sahaja, peranti ini turut hadir dengan ciri SOS untuk tujuan kecemasan. Selain itu beberapa aplikasi seperti pengecaman duit kertas, pengesan warna, pembaca buku, pengesan cahaya dan banyak lagi. SmartVision 3 turut hadir dengan dermaga pengecas khas supaya pengguna tidak tercari-cari port pengecasan.

SmartVision 3 hadir dengan skrin 3.5″, dijana cip MediaTek Helio P70,memori 4GB RAM, storan 64GB dengan sokongan kad mikroSD mencapai 128GB, kamera belakang 16+2 Megapixel dan kamera swafoto 5 Megapixel. Bateri peranti adalah 3500mAh, menggunakan pengecasan USB-C, masih mempunyai port bicu audio 3.5mm dan terhad kepada rangkaian 4G sahaja.
Peranti ini buat masa ini dijual di Amerika Syarikat sahaja pada harga $539 ~RM2450) sebuah.
- Sumber
- The Verge