Meta AudioCraft Dilancarkan – AI Menjana Audio Dan Muzik Menggunakan Teks
Effi Saharudin
Meta melancarkan kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka mereka AudioCraft semalam. Ia boleh menjana teks dan muzik hanya menerusi input yang dimasukkan oleh pengguna. Menurut Meta, AudioCraft penghasil kandungan yang ingin mencari audio atau muzik boleh menjananya sendiri tanpa risau dengan hak intelek.

Audiocraft menggabungkan model MusicGen, AudioGen dan EnCodec yang dilancarkan sebelum ini. Kesemua model dilatih menggunakan audio yang telah dilesenkan atau yang dihasilkan sendiri oleh Meta. Secara keseluruhan 400,000 rakaman dengan datameta yang bersamaan dengan 20,000 jam digunakan untuk melatih model.
Ia boleh menjana muzik latar untuk latar belakang video dan juga kesan khas audio seperti trafik, anjing menyalak atau orang berjalan. Audiocraft dilancarkan secara sumber terbuka bagi membolehkan penyelidik menjana audio serta muzik menggunakan data sendiri.
[sumber] AI.Meta [/sumber]