Cari @ Amanz

Bukan lagi rahsia apabila ketua Poco India, Himanshu Tandon kini mendedahkan bahawa generasi baharu Poco M bakal tiba pada 5 Ogos akan datang. Dinamakan sebagai Poco M6 Pro, ia boleh menjadi sebuah lagi peranti 5G mampu milik di pasaran kelak. Sebagaimana yang kita juga sedia tahu bahawa Poco antara pengeluar yang sering menawarkan peranti mampu milik.

Seterusnya rekaan peranti juga diperlihatkan dengan panel belakang yang memuatkan bonggol kamera besar seumpama beberapa generasi sebelum ini. Sistem dwi-kamera dimuatkan padanya, namun tidak dapat dipastikan pula mengenai konfigurasi kamera ini. Peranti juga dilihat mempunyai kemasan serba hijau, namun lebih banyak dijangka ditawarkan selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

Butiran mengenai perkakasan dalam juga tidak didedahkan buat masa ini. Namun terdapat desas-sesus menyatakan ia mungkin hanya Redmi 12 5G yang dijenamakan semula, dalam masa sama juga dipercayai merupakan variasi Redmi 12R di China.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd