Cari @ Amanz

Dengan pengenalan teknologi sambungan data PCIe 5.0 dan PCIe 6.0, ia dijangka bahawa teknologi ini akan menghadapi isu dimana kelajuan penghantaran data akan mencapai keadaan tepu dalam masa beberapa tahun lagi.

Ini akan menjadi satu isu untuk situasi-situasi di masa akan datang dimana kadar penghantaran diantara CPU dan komponen-komponen adalah sangat penting, khususnya untuk tujuan pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan pemprosesan data berskala tinggi.

Dengan ini, PCI-SIG, kumpulan penyelia teknologi PCI baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah kumpulan untuk pembangunan teknologi yang menggunakan sambungan optikal yang dinamakan PCI-SIG Optical Workgroup.

Fibre Fiber Gentian Optik

Penggunaan sambungan optikal untuk tujuan penghantaran data bukanlah sesuatu yang baru, malah teknologi ini digunakan untuk membolehkan sambungan internet dengan kadar penghantaran data yang pantas di seluruh dunia. Ini adalah konsep sama yang mahu dibangunkan oleh PCI-SIG dalam teknologi sambungan data terbaru mereka.

Bukan sahaja akan sambungan baru ini meningkatkan kadar penghantaran data diantara mesin pelayan dan juga klien, ia juga mampu menambahkan kadar pemprosesan dan penghantaran data diantara komponen dengan lebih cepat, dan juga mengurangkan kadar penggunaan kuasa yang mendadak, mengurangkan kesan tapak karbon untuk pusat-pusat data di masa akan datang juga.

Pembangunan teknologi baru ini tidak bermakna bahawa ia akan menggantikan teknologi PCIe sedia ada, seperti PCIe 5.0 dan 6.0. PCIe 5.0 baru sahaja diperkenalkan secara meluas pada tahun lalu dengan pengenalan siri cip pemprosesan AMD dan Intel, manakala PCIe 6.0 dengan kadar penghantaran data 64GT/s dan PCIe 7.0 dengan kadar penghantaran data 128GT/s.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd