Pengguna Terpilih Kini Boleh Menggunakan Ciri Animasi Avatar Di WhatsApp
Amy Maizuraa
Kemaskini baharu WhatsApp telah membolehkan ciri animasi avatar digunakan pada aplikasi. Pada awalnya sekadar di peringkat pembangunan, namun telah dilancarkan dan mula diedarkan kepada pengguna WhatsApp beta khususnya Android untuk dicuba.
Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, ia menarik kerana boleh mewujudkan pengalaman komunikasi lebih interaktif. Selain turut boleh menjadikan kandungan mesej lebih unik berbanding penggunaan avatar, emoji dan pelekat biasa.

Bagi melihat sama ada ciri ini sedia digunakan pada akaun WhatsApp anda atau sebaliknya. Ia boleh disemak menerusi tab avatar dalam ruang perbualan dan sekiranya terdapat animasi untuk sesetengah avatar, ini bermakna anda boleh menggunakannya.
Turut difahamkan, anda juga boleh berkongsi animasi ini dengan pengguna bukan beta, yang mana mereka boleh melihatnya tanpa perlu mengaktifkan sebarang tetapan. Ciri ini dijangka diedarkan secara meluas kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.