Kalau anda perasan, Oppo sebelum ini ada memberi bayangan akan hadir dengan peranti dengan skrin boleh lipat baharu. Namun, masih tidak dapat dipastikan bilakah pelancarannya memandangkan peranti ini dijangka masih dalam pembangunan.

Walau bagaimanapun, terdapat jangkaan awal mengatakan bahawa Oppo mungkin menawarkan pengecasan pantas 100W pada peranti Find N3. Ia boleh menjadi peningkatan lebih baik berbanding pengecasan 67W yang digunakan pada Find N2 tahun lalu.
Terdapat juga maklumat tertiris mengatakan yang kononya pengecasan yang sama mungkin digunakan pada peranti OnePlus Open, memandangkan kedua-duanya dikatakan mempunyai kaitan erat.
Dalam pada itu, Oppo juga dikatakan mungkin menyediakan kepala pengecas dengan sokongan dua port terbina, yang merangkumi USB-A dan USB-C.

Selain daripada sistem pengecasan, peranti generasi baharu ini juga dijangka mempunyai kapasiti bateri 4,805 lebih besar berbanding 4,520mAh pada Find N2. Gabungan memori dan storan juga lebih besar, serta turut memuatkan sistem tri-kamera utama.
- Info
- Sumber – 9to5google