India hari ini mengeluarkan sekatan import ke atas komputer riba, komputer desktop, tablet dan pelayar bagi mempertahankan industri IT tempatan. Syarikat masih ingin mengimport peralatan elektronik ini perlu memohon lesen terlebih dahulu.

Di bawah skrin “Make in India” kerajaan India menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat antarabangsa untuk membuka kilat di negara mereka. Syarikat seperti Apple, Samsung dan Xiaomi antara yang telah membuka kilang di India sejak empat tahun kebelakangan ini bagi mendapatkan potongan cukai.
Sejak mula mengilangkan peranti di India, pegangan iPhone misalnya meningkat kerana peranti dijual pada harga yang lebih murah. Pelan Make In India ingin menjadikan negara mereka kuasa besar teknologi IT menjelang 2030. Sejak pandemik ia membuahkan hasil dengan beberapa syarikat mula memindahkan pengilangan mereka dari China ke India.
- Sumber
- Reuters