Oppo kini dilihat melakukan penjenamaan semula kecil untuk semua platform sosial dan web mereka – mengubah penggunaan logo berwarna hijau sebelum ini, kepada logo berwarna hitam.

Oppo sendiri mengesahkan perkara ini, dan menyatakan mereka akan lebih menggunakan logo monokrom pada masa akan datang. Perubahan ini juga dilihat telah berlaku pada laman rasmi Oppo Malaysia, dan juga pada laman sosial Oppo Malaysia.
Sebelum ini, pihak Oppo pernah menggunakan logo hijau yang sedikit gelap dengan tulisan putih, dan seterusnya turut hadir dengan penggunaan hijau terang dengan tulisan hitam. Kini, nampaknya Oppo beralih kepada penggunaan monokrom untuk penjenamaan mereka.
