Apple turut menerbitkan laporan kewangan mereka untuk Q3 2023 pagi ini. Seperti syarikat teknologi utama yang lain, Apple turut menunjukkan penyusutan pendapatan dalam beberapa segmen perniagaan.

Secara keseluruhan Apple mencatatkan pendapatan $81.8 bilion dan keuntungan $19.9 billion pada Q3 2023 berbanding pendapatan $83 bilion dan keuntungan $19.4 bilion pada Q3 2022. Pendapatan iPhone menyusut 2.4%, iPad pula menyusut 19.8%, dan Mac menyusut 7.3%.
Pendapatan peranti boleh pakai, rumah dan aksesori walau bagaimanapun meningkat 2.5%. Lebih menarik ialah perniagaan perkhidmatan Apple mencatatkan peningkatan sihat 8% mengukuhkan kedudukan di tempat kedua sebagai penyumbang pendapatan terbesar syarikat di belakang iPhone. Apple juga mengumumkan mereka kini mempunyai lebih daripada 1 bilion pelanggan yang membayar perkhidmatan bulanan mereka.