Ciri pemesejan pada Instagram iaitu Direct Message atau DM penuh dengan fungsi menarik. Masalah utama pada DM ini adalah orang yang saya tidak ikuti dan tidak kenali boleh menghantar mesej sampah yang tidak diingini. Instagram telah perlindungan baharu untuk DM yang mengehadkan jumlah dan jenis mesej yang boleh dihantar kepada pengguna yang tidak mengikuti antara satu sama lain.

Pertama sekali mesej DM hanya boleh dihantar sekali sahaja. Jika ingin menghantar mesej seterusnya penerima harus setuju untuk menerima DM pertama yang dihantar. Kedua adalah mesej yang boleh dihantar terhad kepada teks sahaja. Jika pengguna ingin menghantar imej, mesej suara dan lain-lain, sekali lagi penerima perlu bersetuju terlebih dahuluy. Ciri seperti ini boleh menghentikan spam daripada penipu atau bot.
Ciri ini amat dihargai kerana sejak ke belakangan ini ramai berkongsi di media sosial – lebih-lebih lagi pengguna wanita yang diganggu oleh pengguna lain dengan menghantar kata-kata kesat dan kandungan negatif melalui DM.
- Sumber
- TechCrunch