Brave Search Kini Menyokong Carian Imej Dan Video – Tidak Lagi Gunakan Google Search
Fahim Zahar
Brave iaitu pelayar web yang memfokuskan kepada privasi dan sekuriti kini memperkenalkan kemaskini untuk enjin carian mereka, Brace Search. Brave Search sebelum ini sekadar menawarkan carian berasaskan teks pautan sahaja, dan kini turut menambah sokongan carian imej dan video – serta pada masa yang sama kekal memfokuskan kepada privasi.
Menurut Brave segala carian akan kekal dalam ekosistem Brave sendiri, memberi hasil yang lebih pantas dan jaminan privasi kepada pengguna yang tidak tersedia pada pelayar web lain yang bergantung kepada perkhidmatan pihak ketiga.
Untuk makluman, sebelum ini ketika melakukan carian gambar di Brave Search, ia akan membawa pengguna ke carian Google dan memaparkan hasil di sana. Dengan penambahan ciri ini, ia sekaligus memudahkan pengguna kekal melakukan carian pada ekosistem Brave.

Buat masa ini carian imej dan video pada Brave Search masih lagi menawarkan carian yang asas sahaja. Akan datang mereka akan menambah ciri carian yang boleh menapis kandungan mengikut kategori seperti pelesenan dan nisbah saiz imej.
[sumber] Brave [/sumber]