Cari @ Amanz

Apple hari ini mengumumkan mereka kini telah mencapai lebih 1 bilion pelanggan yang melanggan perkhidmatan dibawah mereka. Ini merupakan salah satu pencapaian yang besar, terutamanya dalam usaha Apple dalam mempelbagaikan pendapatan dan tidak bergantung pada penjualan peranti sahaja.

Dengan pendapatan melalui perkhidmatan juga, Apple akan dapat menjana pendapatan hampir setiap bulan secara berulang – dan tidak seperti penjualan peranti yang hanya berlaku sekali sahaja.

Apple mempunyai beberapa perkhidmatan dibawah mereka, termasuk iCloud, Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, Apple Fitness+, dan lain-lain. Apple juga menyatukan semuanya dibawah berkas Apple One untuk memudahkan para pelanggan mendapatkan perkhidmatan pada harga rendah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd