Cari @ Amanz

Tesla disaman kumpul oleh tiga pemilik kereta elektrik buatan mereka di California semalam. Dalam writ sama yang difailkan, Tesla didakwa berbohong mengenai jarak perjalanan yang boleh dilakukan oleh Model S, Model 3, Model X dan Model Y. Algoritma yang digunakan pada sistem paparan kenderaan didakwa ditokok-tambah berbanding jarak sebenar berdasarkan kapasiti bateri.

Kenderaan hanya akan memaparkan jarak perjalanan sebenar selepas bateri turut ke tahap 50%. Salah seorang individu yang memfailkan saman berkata Model Y milik beliau kehilangan jarak pemanduan 182 batu selepas kereta dipandu sejauh 92 batu. Tidak diketahui sama ada Tesla masih lagi menggunakan algoritma yang sama untuk meramalkan jarak perjalanan kenderaan berdasarkan bateri pada perisian semasa.

Saman difailkan selepas Reuters melaporkan Tesla menubuhkan “Pasukan Melencong” yang membuatkan pelanggan membatalkan temu janji berkaitan jarak pemanduan kenderaan selepas dihujani dengan rungutan. Tesla tidak memberikan sebarang komen mengenai laporan Reuters ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd