WhatsApp adalah aplikasi pemesejan yang cukup popular di Malaysia. Oleh yang demikian, WhatsApp kerap cuba menjadi perkhidmatan pemesejan yang terbaik dengan memastikan data pengguna dilindungi dan sukar untuk diceroboh.
Terbaru, WABetaInfo melaporkan yang WhatsApp sedang menguji ciri baharu untuk tujuan keselamatan. Ciri ini akan meminta pengguna memasukkan emel peribadi untuk perlindungan dan juga pengesahan akaun. Walau bagaimanapun tidak pasti jika kelak pengguna boleh log masuk ke WhatsApp menggunakan emel ataupun tidak.

Ciri ini dilihat diuji pada aplikasi WhatsApp untuk Android. Ia masih dalam peringkat ujian dalaman dan belum diedarkan kepada pengguna beta. Turut tidak pasti adalah bila WhatsApp akan memperkenalkan ciri ini kepada umum. Sama-sama kita nantikan.
- Sumber
- WABetaInfo