Infinix GT 10Pro Kini Rasmi Dengan Cip Dimensity 8050, Kamera 108MP
Amy Maizuraa
Infinix hadir dengan penawaran baharu menerusi GT 10 Pro yang diposisikan sebagai peranti permua mampu milik. Seperti yang diperkatakan, peranti dilengkapi tubuh dengan kemasan Cyber Mecha dengan dua pilihan warna iaitu Cyber Black dan Mirage Silver. Ia juga mempunyai lampu LED terbina di belakang yang akan berkelip bergantung pada penggunaan tertentu, misalnya seperti proses mengecas.

Ini digabungkan lagi dengan skrin AMOLED sebesar 6.67-inci yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Dimensity 8050 juga digunakan sebagai tunjang utama yang bermakna peranti menyokong rangkaian 5G terbina. Memori pula sebesar 8GB RAM yang menyokong RAM maya sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.


Peranti ini juga menyokong tri-kamera 108MP + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro) di belakang dan 32MP pula untuk kamera swafoto. Bateri 5000mAh juga diberikan dengan sistem pengecasan pantas 45W. Dalam masa sama Infinix juga menjanjikan pengalaman antaramuka peranti yang bersih dan bebas iklan. Peranti ini dijual di India dengan harga INR19,999 (~RM1,099) sebuah.

