Cari @ Amanz

Threads, salah satu aplikasi dibawah Instagram yang diposisikan sebagai pesaing Instagram sedia menambah beberapa ciri-ciri yang diminta ramai secara berperingkat. Terbaru, Mark Zuckerberg mengumumkan akan menambah sokongan carian dan juga versi web dalam minggu-minggu akan datang.

Pada hari ini, sokongan web Threads sekadar memaparkan profil dan perkongsian Threads sahaja. Tiada sokongan interaksi atau kebolehan menerbitkan perkongsian melaluinya lagi.

Sementara untuk carian, buat masa ini ia sekadar membolehkan pengguna mencari nama pengguna lain sahaja. Melalui kemaskini kelak, ia dijangka memudahkan pengguna mencari sesuatu topik melaluinya.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan terus menambah dan mengekalkan angka pengguna perkhidmatan sosial yang berkembang pesat, dan mencatatkan 100 juta pengguna dalam hanya 5 hari.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd