Cari @ Amanz

Ericsson merupakan salah satu nama yang tidak asing di Malaysia. Mereka sedia beroperasi sejak 1965, dan turut bertanggungjawab dalam pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia pada hari ini.

Selain itu, kini Ericsson turut memilih Malaysia sebagai hab untuk pengeluaran peralatan radio bagi penggunaan 5G, di Pulau Pinang. Ericsson turut menyatakan ini adalah pusat pengeluaran melibatkan 5G yang pertama milik Ericsson di rantau Asia Tenggara.

Radio 5G yang akan dikeluarkan oleh Ericsson di Malaysia adalah radio berintegrasi antenna Massive MIMO. Ia akan dihasilkan di Prai, Pulau Pinang. Pemilihan pasaran tempatan ini sekaligus dijangka akan menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi tempatan.

Untuk makluman, pada hari ini, rangkaian dan teknologi 5G Ericsson menguasakan 147 rangkaian di 63 buah negara, termasuk Malaysia melalui DNB.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd