Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital kini mengumumkan kerajaan bakal perkenal sebuah pelan pascabayar khusus untuk para penjawat awam, secara rasminya esok, 7 Ogos 2023
Buat masa ini, maklumat berkenaan pelan tersebut masih tidak diketahui lagi. Untuk makluman, sebelum-sebelum ini, terdapat beberapa syarikat telekomunikasi turut menawarkan pelan khusus untuk penjawat awam yang menawarkan beberapa penawaran tambahan pada harga sedikit rendah berbanding dengan penawaran biasa.
Disamping itu, Fahmi Fadzil turut menyatakan akan berbincang berkenaan dengan pelan khusus untuk mereka dalam industri media.