Cari @ Amanz

Adakah anda pernah kehilangan kerja atau diberikan amaran kerana ciapan yang dihantar menerusi X? Jika ya Elon Musk memberikan jaminan akan memberikan bantuan guaman bagi memenangi kes menentang majikan di mahkamah. Dalam status yang dimuat naik di X hujung minggu ini, Musk mengatakan tiada had akan dikenakan bagi memastikan kebebasan suara tidak dihalang.

Musk juga berkata beliau akan membantu kakitangan yang terkesan menyaman syarikat hingga ke peringkat lembaga syarikat. Beliau tidak pula mengatakan sama ada tawaran ini terbuka kepada semua pengguna X atau terhad kepada Amerika Syarikat sahaja.

Di Malaysia semakin banyak syarikat mempunyai klausa mengenai pengguna media sosial. Dalam majoriti kes halangan memuat naik status yang boleh merosakkan nama syarikat harus dipersetujui dan majikan mempunyai hak untuk membuang kakitangan jika ini dilanggar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd