Lanjutan daripada perkongsian Elon Musk semalam, kini Mark Zuckerberg menyatakan beliau telah bersedia untuk pertarungan bersangkar yang dicadangkan bersama Elon Musk.
Mark mengatakan telah mencadangkan tarikh 26 Ogos ketika pertama kali cabaran berkenaan dikemukakan, namun masih tiada sebarang pengesahan oleh pihak Elon Musk sehingga ke hari ini. Mark Zuckerberg juga menyatakan beliau sangat menyukai sukan pertarungan ini, dan akan kekal bersaing dengan orang lain walau apa pun yang terjadi ketika bersaing dengan Elon Musk ini. Mark Zuckerberg sebelum ini telah sedia meraih pingat emas dalam sukan Jiu-Jitsu.
Melalui Threads juga, Mark Zuckerberg menyatakan pertarungan tersebut perlu distrim melalui platform yang lebih boleh dipercayai dan stabil – sekaligus seperti menyatakan penstriman melalui produk Meta akan lebih baik serta mengumpulkan dana dengan mudah, berbanding penggunaan di Twitter.
Perkongsian terbaru ini hadir selepas Elon Musk semalam menyatakan akan strim akan pertarungan bersama Mark Zuckerberg tersebut secara langsung melalui X, dan menyumbang dana pendapatan tersebut untuk badan kebajikan.