Carian
Xiaomi Mix Fold3 Ialah Peranti Boleh-Lipat Pertama Dengan Kuad Kamera
August 7, 2023 Effi Saharudin

Rekaan Xiaomi MIX Fold3 telah tertiris di China dan ia mengesahkan statusnya sebagai telefon skrin boleh-lipat pertama dilengkapi kuad-kamera. Menerusi gambar yang tertiris, empat kamera disusun dalam konfigurasi 2X2. Penjenamaan Leica juga dapat dilihat dengan jelas.

Yang menjadi misteri ialah apakah sistem kamera yang akan diberikan oleh Xiaomi kepada pengguna. Tetapi besar kemungkinan ia adalah sistem kuad 50MP yang digunakan pada Xiaomi 13 Ultra sebelum ini. Jadi mungkin ada lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, telefoto dan telefoto periskop. Sensor tambahan bersebelahan flash mungkin mempunyai sistem 3D ToF dan pengesanan warna.

Panel belakang mempunyai kemasan kasar seakan kulit yang juga dilihat sebelum ini pada 13 Ultra. Sebelum ini Xiaomi mengesahkan MIX Fold 3 akan dilancarkan bulan ini cuma tarikh sahaja masih misteri.

Komen