Cari @ Amanz

Siri cip pemprosesan generasi ke-14 Intel Meteor Lake seperti yang diketahui umum akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini, dan terkini, nampaknya butiran lanjut mengenai pengumuman tersebut sudahpun diketahui umum.

Intel akan mengadakan acara Intel Innovation 2023 mereka di San Jose, California pada 19 dan 20 September ini. Ia dijangka bahawa acara ini akan memperlihatkan pelbagai teknologi baru yang sedang dibangunkan Intel, dan diantaranya termasuklah siri cip pemprosesan Intel Meteor Lake tersebut.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai cip pemprosesan Meteor Lake ini, cuma ia akan hadir dengan cip pemprosesan kecerdasan buatan terbina yang dinamakan VPU, dan ia merupakan siri cip pemprosesan Intel pertama yang akan hadir dengan penjenamaan Intel Core Ultra yang terbaru.

Buat masa ini, apa yang diketahui mengenai cip pemprosesan Meteor Lake ialah ia akan dibangunkan menggunakan proses pengilangan cip semikonduktor Intel 4 (7nm) dan akan menerima penambahbaikan dari segi prestasi yang lebih tinggi dari segi proses perkomputeran dan juga grafik, dengan penambahan dari segi teras fizikal Intel Xe.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd