Aplikasi perbankan Maybank MAE kini dilihat tergendala sebentar, sekaligus membuatkan orang ramai tidak boleh melakukan transaksi pembayaran. Buat masa ini, pihak Maybank tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan perkara ini.
Aplikasi MAE pada awalnya tidak memaparkan kredit dengan tepat – dimana semua pengguna dipaparkan dengan baki RM0.00. Kini, pihak Maybank memaparkan mesej aplikasi dalam mod penyelenggaraan dan akan kembali beroperasi dalam masa terdekat.
Bagi anda yang menggunakan MAE, mungkin boleh menyemak beberapa kaedah transaksi lain untuk melakukan bayaran buat sementara waktu ini.