Cari @ Amanz

Insiden-insiden berkaitan penyeludupan komponen komputer ke dalam China adalah diantara berita kegemaran kami kerana kreativiti pihak penyeludup ini dalam mencuba untuk membawa masuk produk-produk ini secara haram.

Terkini, satu lagi insiden percubaan untuk menyeludup masuk komponen tersebut telah digagalkan oleh pihak imigresen China. Menurut laporan ITHome, sebanyak 1747 komponen komputer, yang terdiri daripada 837 keping cip pemprosesan, 900 batang memori RAM, and 10 buah storan SSD telah dirampas di sempadan China di Guandong dan Macau.

Kali ini, penyeludupan ini berlaku diatas sebuah bas, dimana komponen-komponen ini disimpan didalam sebuah ruang penyimpanan rahsia didalam bas tersebut. Ia tidak disahkan bagaimana komponen-komponen ini ditemui, tetapi ada kebarangkalian bahawa kelengkapan seperti pengesan logam ataupun pengimbas X-ray digunakan oleh pihak imigresen tersebut.

Menariknya, oleh kerana bas ini digunakan untuk tujuan penyeludupan ini, kerajaan China dilihat memberikan pemiliknya dua peluang lagi sebelum ia disita kerana digunakan untuk aktiviti-aktiviti haram.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd