Cari @ Amanz

Honor kini hadir mengacah telefon boleh-lipat baharu, dijadualkan untuk pengenalan pada acara IFA 2023 yang dijadualkan 1 September akan datang. Melalui gambar acah, Honor dilihat mungkin hadir dengan dua buah telefon boleh-lipat pada acara berkenaan.

Pada acara berkenaan, Honor dijangka mengumumkan Honor Magic V2 untuk pasaran global. Peranti sama sedia diumumkan di China pada Julai 2023 lepas, yang mana hadir dalam rekaan seumpama buku yang boleh dibuka.

Disamping itu, Honor turut dijangka memperkenalkan satu lagi telefon boleh-lipat, yang mungkin menawarkan rekaan seumpama telefon Galaxy Z Flip. 

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 1 September ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Honor ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd